SISTEM PENGAJIAN
- Al-Quran (Sistem Ar-Ruhul Amin)
- Kebanyakan Pelajar-pelajar islam mengambil hampir 6 tahun untuk belajar Al-Quran sehingga khatam. Bayangkan kiranya masa 6 tahun dapat di kurangkan sehingga 1 ½ tahun sahaja, pasti banyak ilmu yang bermanfaat dapat dipelajari dalam tahun-tahun seterusnya.
- Di Al-Anwar Al-Quran Centre, pengajaran dimulakan dengan asas membaca Al-Quran menggunakan sistem cepat Al-Quran (Ar-Ruhul Amin).
- Sistem ini telah kami gunakan selama lebih dari 4 tahun di Al-Anwar Al-Quran Centre, Alor Star, Kedah. Pelajar seawal umur 5 tahun dapat mahir dalam membaca Al-Quran hanya dalam masa 4 bulan sahaja, dan dapat khatam Al-Quran kurang dari 2 tahun pengajian.
Sistem ini memberikan pelajar-pelajar kelebihan untuk memasuki bidang-bidang ilmu yang lain seperti tahfiz dan sebagainya.
- Tahfiz Al-Quran (Sistem As-Syamilah)
- Setelah pelajar-pelajar dapat membaca Al-Quran secara lancar dan bertajwid, penekanan tahfiz akan diberikan melalui melalui kaedah (As-Syamilah).
- Kaedah hafazan yang akan diberikan:
1. Sehari 1/3 muka surat Al-Quran.
2. 63 hari 1 juzu’ Al-Quran.
3. Setahun 4 juzu’ Al-Quran.
4. 4 tahun 16 juzuk Al-Quran.
5. 7 tahun 6 bulan 30 juzu’ Al-quran.
· Setelah ditolak cuti sekolah
· Perancangan berdasarkan pengalaman Hafiz- Hafiz Al-Quran di
Maahad tahfiz Al-Quran Derga, Alor Star, Kedah.
- Sekiranya pelajar mula menghafaz Al-Quran pada umur 7 tahun (Tahun satu), Pelajar dapat menghafaz 30 juzu’ Al-Quran pada umur 15 tahun (Tingkatan 3).
- Jawi (Sistem Ameen & Cerdik Jawi)
- Ramai pelajar-pelajar agama islam kecundang dalam mata pelajaran agama, ini kerana kebanyakan buku mata pelajaran agama diajar dalam jawi. Kebanyakan pelajar gagal bukan kerana ketidak upayaan diri tetapi hanya tidak memahami tulisan jawi. Oleh kerana itu, Al-Anwar Al-Quran Centre akan menekankan pengajaran jawi secara berterusan dengan menggunakan buku Kaedah Cepat Membaca Jawi (Ameen & Cerdik Jawi) serta latihan tubi sentiasa diberikan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai Ilmu Jawi dengan secepat mungkin.
- Pengajian Islam ( Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah melalui sistem Fargoes KBSR dan KAFA)
- Al-Quran dan As-Sunnah merupakan 2 pegangan utama untuk kekal dalam Taufiq dan Hidayah Allah S.W.T. Penekanan tentang Pengajian Islam mestilah didasari dengan 2 pegangan utama tadi.
- Oleh itu Al-Anwar Al-Quran Centre akan memberikan penekanan dalam seluruh aspek-aspek terpenting pengajian islam merangkumi fardhu ain dan fardhu kifayah.
- Penekanan terhadap subjek-subjek seperti Tauhid, Fekah, Sirah nabi, Akhlak, Tajwid dan sebagainya melalui penekanan teori dan amali, ceramah, latihan tubi dengan menggunakan buku-buku (Fargoes) (KBSR) (KAFA) dan ujian berkala.
- Bahasa Arab (Sistem As-Syaari)
- Bahasa Arab merupakan kunci penghubung kepada sumber-sumber syariat islam. Penekanan terhadap asas-asas bahasa arab di peringkat permulaan pengajian amat penting.
- Oleh itu, Al-Anwar Al-Quran Centre akan memperkenalkan kepada pelajar-pelajar asas-asas bahasa arab seperti Nahu, Saraf, imla’, Hiwar menggunakan buku-buku KAFA, KBSR dan fargoes serta latihan tubi sentiasa akan diberikan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete