Friday, October 1, 2010

Latarbelakang AQC


Latarbelakang AQC :
                        
2004 merupakan tahun bermulanya lembaran baru di tanah air tercinta setelah 4 tahun kembara pencarian ilmu di bumi Sungai Nil. Setelah berakhirnya pengajian di Universiti Al-Azhar didalam jurusan Syariah Islamiah, Pengasas bertugas sebagai Imam di Masjid Al-Bukhary Alor Malai, Alor Star Kedah. Beberapa ketika selepas pulang, pengasas dan teman-teman mahasisiwa timur tengah ingin meneruskan usaha dakwah untuk membuka  Ma’ahad Tahfiz Al-Quran di ibu kota.
Setelah berbagai usaha yang dilakukan, kami menemui jalan buntu dalam membangunkan sekolah tahfiz tersebut kerana kos untuk membuka Maahad Tahfiz Al-Quran terlalu tinggi hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Namun, keinginan untuk merealisasikannya masih tetap utuh. Bermula dengan sedikit sumbangan orang ramai, kami mula membuka Pengajian Al-Quran di Taman Aman, Anak Bukit, Kedah pada akhir 2005, Alhamdulillah setelah 4 tahun, pusat pengajian yang dinamakan AL-Anwar Al-Quran Centre  (AQC) masih lagi beroperasi untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat.
Pada hari ini, kami telah membawa konsep baru dalam pengajian agama dan tahfiz Al-Quran. Pusat ini diberi nama Al-Anwar Al-Quran Centre (Tahfiz) yang telah dibangunkan di NO. 2 Jalan Putra Bahagia 8/2L, Putra Heights, 47600 Subang Jaya, Selangor. Pelajar-pelajar setempat yang berminat dengan pengajian tahfiz ini telah mengikuti pengajian tersebut secara tersusun dan pada masa yang sama dapat mengikuti persekolahan akademik serta hampir dengan keluarga tersayang.

No comments:

Post a Comment