Sunday, October 3, 2010
Pelajar-pelajar cemerlang AQC serta Visi, Misi dan Keistimewaan AQC.
Friday, October 1, 2010
PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI AL-ANWAR AL-QURAN CENTRE :
PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI AL-ANWAR AL-QURAN CENTRE :
- Afis Farris 6 Tahun – Menguasai bacaan dan tulisan jawi dalam masa 5 bulan sahaja.
- Zahratul Adlina 10 Tahun -Telah menghafaz Al-Quran juzu` 30, Surah Yassin, Surah Al-Qiyamah dan Surah Al-Waqiah dalam masa 6 bulan sahaja.
- Alif Harris 8 Tahun – Lancar membaca Al-Quran dalam masa 4 bulan sahaja.
- Siti Aishah 8 Tahun – Memahami dan menguasai Bahasa Arab Tahun 3 & 4 hanya dalam masa 6 bulan sahaja.
MUQADDIMAH
Muqaddimah
وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالآ خِرَةِ حِجَابًا مَسْتُورًا
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Kehidupan kota yang penuh pancaroba merunsingkan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Gejala sosial, samseng, salah laku, keruntuhan akhlak dan berbagai lagi fenomena negatif masyarakat kota merenggut hati ibu bapa ke arah rawatan pendidikan bercorak keagamaan. Dengan menghantar anak-anak ke pusat pendidikan agama sebegini, Ibu bapa mengharapkan kejayaan (al-Falah) untuk anak-anak di dunia dan di akhirat.
Bagaimanapun kita menyedari bahawa untuk mencapai keseimbangan dunia dan akhirat ini bukanlah mudah, Kalau kita membuka mata kita seluasnya, kita akan dapati, kemudahan untuk mendapat pendidikan keagamaan mungkin terbatas di kawasan tertentu sahaja. Betapa luas dunia ibukota ini yang masih hampa dari ruangan untuk menghirup udara segar keislaman.
Menyedari betapa pentingnya mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengajian Islam ini di Malaysia, maka AL-ANWAR AL-QURAN CENTRE (AQC) merasakan perlu untuk terlibat sama menyumbangkan tenaga bagi menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Islam dan Tahfiz setempat.
Latarbelakang AQC
Latarbelakang AQC :
2004 merupakan tahun bermulanya lembaran baru di tanah air tercinta setelah 4 tahun kembara pencarian ilmu di bumi Sungai Nil. Setelah berakhirnya pengajian di Universiti Al-Azhar didalam jurusan Syariah Islamiah, Pengasas bertugas sebagai Imam di Masjid Al-Bukhary Alor Malai, Alor Star Kedah. Beberapa ketika selepas pulang, pengasas dan teman-teman mahasisiwa timur tengah ingin meneruskan usaha dakwah untuk membuka Ma’ahad Tahfiz Al-Quran di ibu kota.
Setelah berbagai usaha yang dilakukan, kami menemui jalan buntu dalam membangunkan sekolah tahfiz tersebut kerana kos untuk membuka Maahad Tahfiz Al-Quran terlalu tinggi hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Namun, keinginan untuk merealisasikannya masih tetap utuh. Bermula dengan sedikit sumbangan orang ramai, kami mula membuka Pengajian Al-Quran di Taman Aman, Anak Bukit, Kedah pada akhir 2005, Alhamdulillah setelah 4 tahun, pusat pengajian yang dinamakan AL-Anwar Al-Quran Centre (AQC) masih lagi beroperasi untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat.
Pada hari ini, kami telah membawa konsep baru dalam pengajian agama dan tahfiz Al-Quran. Pusat ini diberi nama Al-Anwar Al-Quran Centre (Tahfiz) yang telah dibangunkan di NO. 2 Jalan Putra Bahagia 8/2L, Putra Heights, 47600 Subang Jaya, Selangor. Pelajar-pelajar setempat yang berminat dengan pengajian tahfiz ini telah mengikuti pengajian tersebut secara tersusun dan pada masa yang sama dapat mengikuti persekolahan akademik serta hampir dengan keluarga tersayang.
Konsep Al-Anwar Al-Quran Centre
KONSEP AL-ANWAR AL-QURAN CENTRE
Perbezaan AQC
PERBEZAAN
Sedikit perbezaan diantara Al-Anwar Al-Quran Centre (Tahfiz) berbanding dengan pusat-pusat tahfiz yang lain. Lumrahnya, pusat tahfiz mengambil pelajar sepenuh masa untuk mengikuti pengajiannya sehingga pelajar-pelajar terpaksa tinggal jauh dari keluarga tersayang dalam tempoh masa yang lama, emosi dan keperluan kasih sayang anak-anak yang sangat penting ketika tumbesaran selalunya terabai. Kebiasaannya juga pusat-pusat tahfiz tidak memberikan kemudahan pengajian akademik guna untuk persiapan masa depan anak-anak.
Di Al-Anwar Al-Quran Centre, pelajar-pelajar dapat mengikuti pengajian Islam/Tahfiz dan pada masa yang sama mendapat didikan akademik di sekolah kebangsaan setempat dan mendapat perhatian dan semai kasih daripada keluarga tersayang.
Sistem Pengajian AQC
SISTEM PENGAJIAN
- Al-Quran (Sistem Ar-Ruhul Amin)
- Kebanyakan Pelajar-pelajar islam mengambil hampir 6 tahun untuk belajar Al-Quran sehingga khatam. Bayangkan kiranya masa 6 tahun dapat di kurangkan sehingga 1 ½ tahun sahaja, pasti banyak ilmu yang bermanfaat dapat dipelajari dalam tahun-tahun seterusnya.
- Di Al-Anwar Al-Quran Centre, pengajaran dimulakan dengan asas membaca Al-Quran menggunakan sistem cepat Al-Quran (Ar-Ruhul Amin).
- Sistem ini telah kami gunakan selama lebih dari 4 tahun di Al-Anwar Al-Quran Centre, Alor Star, Kedah. Pelajar seawal umur 5 tahun dapat mahir dalam membaca Al-Quran hanya dalam masa 4 bulan sahaja, dan dapat khatam Al-Quran kurang dari 2 tahun pengajian.
Sistem ini memberikan pelajar-pelajar kelebihan untuk memasuki bidang-bidang ilmu yang lain seperti tahfiz dan sebagainya.
- Tahfiz Al-Quran (Sistem As-Syamilah)
- Setelah pelajar-pelajar dapat membaca Al-Quran secara lancar dan bertajwid, penekanan tahfiz akan diberikan melalui melalui kaedah (As-Syamilah).
- Kaedah hafazan yang akan diberikan:
1. Sehari 1/3 muka surat Al-Quran.
2. 63 hari 1 juzu’ Al-Quran.
3. Setahun 4 juzu’ Al-Quran.
4. 4 tahun 16 juzuk Al-Quran.
5. 7 tahun 6 bulan 30 juzu’ Al-quran.
· Setelah ditolak cuti sekolah
· Perancangan berdasarkan pengalaman Hafiz- Hafiz Al-Quran di
Maahad tahfiz Al-Quran Derga, Alor Star, Kedah.
- Sekiranya pelajar mula menghafaz Al-Quran pada umur 7 tahun (Tahun satu), Pelajar dapat menghafaz 30 juzu’ Al-Quran pada umur 15 tahun (Tingkatan 3).
- Jawi (Sistem Ameen & Cerdik Jawi)
- Ramai pelajar-pelajar agama islam kecundang dalam mata pelajaran agama, ini kerana kebanyakan buku mata pelajaran agama diajar dalam jawi. Kebanyakan pelajar gagal bukan kerana ketidak upayaan diri tetapi hanya tidak memahami tulisan jawi. Oleh kerana itu, Al-Anwar Al-Quran Centre akan menekankan pengajaran jawi secara berterusan dengan menggunakan buku Kaedah Cepat Membaca Jawi (Ameen & Cerdik Jawi) serta latihan tubi sentiasa diberikan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai Ilmu Jawi dengan secepat mungkin.
- Pengajian Islam ( Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah melalui sistem Fargoes KBSR dan KAFA)
- Al-Quran dan As-Sunnah merupakan 2 pegangan utama untuk kekal dalam Taufiq dan Hidayah Allah S.W.T. Penekanan tentang Pengajian Islam mestilah didasari dengan 2 pegangan utama tadi.
- Oleh itu Al-Anwar Al-Quran Centre akan memberikan penekanan dalam seluruh aspek-aspek terpenting pengajian islam merangkumi fardhu ain dan fardhu kifayah.
- Penekanan terhadap subjek-subjek seperti Tauhid, Fekah, Sirah nabi, Akhlak, Tajwid dan sebagainya melalui penekanan teori dan amali, ceramah, latihan tubi dengan menggunakan buku-buku (Fargoes) (KBSR) (KAFA) dan ujian berkala.
- Bahasa Arab (Sistem As-Syaari)
- Bahasa Arab merupakan kunci penghubung kepada sumber-sumber syariat islam. Penekanan terhadap asas-asas bahasa arab di peringkat permulaan pengajian amat penting.
- Oleh itu, Al-Anwar Al-Quran Centre akan memperkenalkan kepada pelajar-pelajar asas-asas bahasa arab seperti Nahu, Saraf, imla’, Hiwar menggunakan buku-buku KAFA, KBSR dan fargoes serta latihan tubi sentiasa akan diberikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)