LATAR BELAKANG SEKOLAH RENDAH ISLAM
AL-ANWAR
Sekolah Rendah Islam Al-Anwar ditubuhkan pada penghujung 2005 oleh
Pengasas Ustaz Mohd Anwar Yusof Al-Hafiz di Taman Aman, Alor Setar Kedah.
Sehingga kini (2014) Sekolah Rendah Islam Al-Anwar telah memiliki lima pusat
pendidikannya di Kedah dan Selangor dengan bilangan pelajar seramai 475 orang.
Sepanjang sembilan tahun beroperasi, Sekolah ini telah berjaya
melahirkan ramai pelajar yang mahir membaca Al-Quran, menguasai Jawi dan Fardhu
Ain dan lebih dari 325 pelajar berjaya khatam Al-Quran.
Perbezaaan diantara sekolah ini dengan yang lain adalah
melalui tiga ciri utama:
1) Mampu membaca Al-Quran dengan pantas
(Menggunakan kaedah Al-Hira). Melalui kaedah ini, para pelajar mampu membaca
Al-Quran sepenuhnya dalam masa antara 4 hingga 8 bulan sahaja.
2) Penekanan khusus kepada Jawi &
Bahasa Arab pada tahun pertama dan kedua pengajian. Kebanyakan pelajar kurang
mahir pengajian Islam disebabkan penguasaan bahasa arab dan jawi yang lemah.
Oleh yang demikian Sekolah Rendah Islam Al-Anwar mengambil inisiatif untuk
memastikan para pelajarnya menguasai bahasa arab dan jawi dengan baik sebelum
mereka mempelajari subjek-subjek agama yang lain.
Selain itu, sekolah ini juga telah berjaya memendekkan tempoh
pengajian Al-Quran yang kebiasaanya mengambil masa antara lima hingga tujuh
tahun. Di Sekolah Rendah Islam Al-Anwar, kami menyasarkan tempoh pengajian
selama tiga tahun untuk khatam Al-Quran bagi setiap pelajar.
METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
SEKOLAH RENDAH ISLAM
AL-ANWAR
TALAQQI:
* Anak-anak dibimbing untuk belajar secara Talaqqi.
( Guru mengajar murid seorang demi seorang).
* Konsep tradisi talaqqi ini penting kerana bahasa arab
adalah bahasa Al-Quran dan Baginda Nabi S.A.W. sendiri menerima
wahyu secara talaqqi daripada Jibril A.S. Ilmu bacaan al-Quran
diperturunkan secara jelas (fasih) dan teratur, kemahiran ini hanya mampu
diperolehi dari
FALSAFAH HIDUP ISLAMI-MOTIVASI TEKNIK PENCERITAAN:
* Al-Quran mengajar manusia melalui motivasi dan teknik
penceritaan kisah-kisah terdahulu.
Jika dikaji dengan teliti, dalam surah Al-Fatihah ayat 7
yang mengajar manusia menggunakan
pendekatan sejarah dalam membentuk akhlak manusia.
Justeru itulah, Sekolah Rendah Islam Al-Anwar mengambil pendekatan
Al-Quran dalam mendidik, memotivasikan pelajar supaya menjadi seorang yang berakhlak
mulia seperti baginda Nabi Muhammad SAW.
DO IT YOURSELF (DIY):
* Anak-anak dilatih tubi dengan latihan –latihan yang padat
dan komprehensif. Setiap permasalahan
pengajian yang timbul akan dibimbing untuk menyelesaikan sendiri
dengan mencari jawapan dalam
rujukan teks dan kamus yang disediakan . Sekiranya
masih belum dapat diselesaikan, anak-anak diajaruntuk bertanya sahabat
dan guru. Ini merupakan kunci utama dalam mencari penyelesaian setiap
permasalahan pelajaran dan akhirnya menjadi sifat positif dalam
kehidupan.
PERMAINAN:
* “Bermain” adalah naluri anak-anak kecil. Pembelajaran melalui
permainan “game” pasti merangsang anak-anak untuk belajar dengan baik.
Permainan ini sebenarnya latihan praktikal kepada subjek-subjek teori yang telah
diajar. Contohnya “game” mencari harta karun. Anak-anak perlu bergerak
secaraberkumpulan untuk melaksanakan misi mengumpul kertas-kertas yang
mengandungi rukun iman.Secara tidak langsung dalam keseronokan bermain,
anak-anak dibawah sedar
(sub-counscious) dapat mengingati dan menghayati rukun iman yang
diajar.
DISIPLIN DIRI:
* Anak-anak dididik untuk mendisiplinkan diri melalui susun
atur perjalanan kelas seperti,
pelajar-pelajar perlu menyusun fail, buku, meja dan kasut
masing-masing setiap kali datang belajar.
(ini mengajar erti berdikari dan rendah hati).