Friday, December 14, 2012

METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AQC




LATAR BELAKANG SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANWAR

Sekolah Rendah Islam Al-Anwar ditubuhkan pada penghujung 2005 oleh Pengasas Ustaz Mohd Anwar Yusof Al-Hafiz di Taman Aman, Alor Setar Kedah. Sehingga kini (2014) Sekolah Rendah Islam Al-Anwar telah memiliki lima pusat pendidikannya di Kedah dan Selangor dengan bilangan pelajar seramai 475 orang.
Sepanjang sembilan tahun beroperasi, Sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang mahir membaca Al-Quran, menguasai Jawi dan Fardhu Ain dan lebih dari 325 pelajar berjaya khatam Al-Quran.

Perbezaaan diantara sekolah ini dengan yang lain adalah melalui tiga ciri utama:

1)     Mampu membaca Al-Quran dengan pantas (Menggunakan kaedah Al-Hira). Melalui kaedah ini, para pelajar mampu membaca Al-Quran sepenuhnya dalam masa antara 4 hingga 8 bulan sahaja.

2)     Penekanan khusus kepada Jawi & Bahasa Arab pada tahun pertama dan kedua pengajian. Kebanyakan pelajar kurang mahir pengajian Islam disebabkan penguasaan bahasa arab dan jawi yang lemah. Oleh yang demikian Sekolah Rendah Islam Al-Anwar mengambil inisiatif untuk memastikan para pelajarnya menguasai bahasa arab dan jawi dengan baik sebelum mereka mempelajari subjek-subjek agama yang lain.
  
3)    Motivasi mingguan adalah untuk menyantuni pelajar, membentuk jatidiri dan syakhsiah dengan menekankan kepentingan ilmu, akhlak dan akal budi.

Selain itu, sekolah ini juga telah berjaya memendekkan tempoh pengajian Al-Quran yang kebiasaanya mengambil masa antara lima hingga tujuh tahun. Di Sekolah Rendah Islam Al-Anwar, kami menyasarkan tempoh pengajian selama tiga tahun untuk khatam Al-Quran bagi setiap pelajar.



METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH ISLAM 
AL-ANWAR


TALAQQI:

* Anak-anak dibimbing untuk belajar secara Talaqqi.                                  
 ( Guru mengajar murid seorang demi seorang).
* Konsep tradisi talaqqi ini  penting kerana bahasa arab adalah bahasa Al-Quran dan Baginda Nabi S.A.W. sendiri menerima wahyu secara talaqqi daripada Jibril A.S. Ilmu bacaan al-Quran diperturunkan secara jelas (fasih) dan teratur, kemahiran ini hanya mampu diperolehi dari     
 sebutan guru yang  telah fasih dalam melafazkannya.

FALSAFAH HIDUP ISLAMI-MOTIVASI TEKNIK PENCERITAAN:

 * Al-Quran mengajar manusia melalui motivasi dan teknik penceritaan kisah-kisah terdahulu.
 Jika dikaji dengan teliti, dalam surah Al-Fatihah ayat 7 yang mengajar manusia menggunakan
pendekatan sejarah dalam membentuk akhlak manusia.
Justeru itulah, Sekolah Rendah Islam Al-Anwar mengambil pendekatan Al-Quran dalam mendidik, memotivasikan pelajar supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia seperti baginda  Nabi Muhammad SAW.

DO IT YOURSELF (DIY):

* Anak-anak dilatih tubi dengan latihan –latihan yang padat dan  komprehensif. Setiap permasalahan
pengajian yang timbul akan dibimbing untuk menyelesaikan sendiri dengan mencari jawapan dalam
rujukan teks dan kamus  yang disediakan . Sekiranya  masih belum dapat diselesaikan, anak-anak  diajaruntuk bertanya sahabat dan guru. Ini merupakan kunci utama  dalam mencari penyelesaian setiap permasalahan pelajaran dan  akhirnya menjadi sifat positif dalam kehidupan.

PERMAINAN:

* “Bermain” adalah naluri anak-anak kecil. Pembelajaran melalui permainan “game” pasti merangsang anak-anak untuk belajar dengan baik. Permainan ini sebenarnya latihan praktikal kepada subjek-subjek teori yang telah diajar. Contohnya “game” mencari harta karun. Anak-anak perlu bergerak secaraberkumpulan untuk melaksanakan misi mengumpul kertas-kertas yang mengandungi rukun iman.Secara tidak langsung dalam keseronokan bermain, anak-anak dibawah sedar   
(sub-counscious) dapat mengingati dan menghayati rukun iman yang diajar.

DISIPLIN DIRI:

* Anak-anak dididik untuk mendisiplinkan diri melalui susun atur perjalanan kelas seperti,
 pelajar-pelajar perlu menyusun fail, buku, meja dan kasut masing-masing setiap kali datang belajar.

(ini mengajar erti berdikari dan rendah hati).

PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DAN YURAN

      


                                   PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DI SRI AL-ANWAR

1.       Kelas Al-Quran dan Pengajian Islam (KAFA)   YURAN BULANAN RM120.00

Subjek-subjek yang diajar:

1
Al-Quran dan Tajwid Praktikal
8
Imlak
2
Tauhid
9
Khat
3
Feqah
10
Jawi
4
Akhlak
11
Hafazan
5
Bahasa Arab
12
Solat Praktikal
6
Tajwid - Teori
13
Falsafah Hidup Islami-Penceritaan
7
Sirah
14
Pemantapan Amali Fardhu Ain (PAFA)

·       

2.       Kelas Al-Quran dan Jawi          YURAN BULANAN RM80.00

Subjek-subjek yang diajar:

1
Al-Quran dan Tajwid Praktikal
4
Solat Praktikal
2
Jawi – Pembacaan
5
Falsafah Hidup Islami-Penceritaan
3
Jawi - Penulisan
6
Pemantapan Amali Fardhu Ain (PAFA)

·      
3.       Kelas Al-Quran    YURAN BULANAN RM60.00

Subjek-subjek yang diajar:

1
Al-Quran dan Tajwid Praktikal
4
Falsafah Hidup Islami-Penceritaan


Perincian yuran kelas Al-Quran & Pengajian Islam (KAFA) dan harga buku:
(YURAN BULANAN RM120.00)
Senarai yuran
Darjah 1-6
   Jumlah   
    yuran
Harga Buku (RM)
Jumlah
Keseluruhan yuran dan harga buku
Yuran Pendaftaran (sekali shj)
Yuran Kurikulum
Yuran Peperiksaan
Yuran Kebajikan
Yuran bulanan (rm120 shj)
Yuran November 2015


 RM470.00
(Darjah 1) rm 47.40
517.40
(Darjah 2) rm 47.60
517.60
(Darjah 3) rm 74.50
544.50
(Darjah 4) rm 75.10
545.10
(Darjah 5) rm 125.20
595.20
(Darjah 6) rm 134.00
604.00

Perincian yuran kelas Al-Quran & Jawi dan harga buku:
(YURAN BULANAN RM80.00)

Senarai yuran
4-12 tahun
Jumlah yuran
Harga Buku (RM)
Jumlah
Keseluruhan yuran dan harga buku
Yuran Pendaftaran (sekali sahaja)
Yuran Peperiksaan
Yuran Kebajikan
Yuran bulanan (rm80 sahaja)
Yuran November 2015


RM 315.00


30.00


345.00

Perincian yuran kelas Al-Quran dan harga buku:
(YURAN BULANAN RM60.00)

Senarai yuran
4-17 tahun
Jumlah
yuran
Harga buku
(RM)
Jumlah
Keseluruhan yuran dan harga buku
Yuran Pendaftaran (sekali sahaja)
Yuran Peperiksaan
Yuran Kebajikan
Yuran bulanan (rm60 sahaja)
Yuran November 2015


RM270.00


20.00


290.00
                           


·         *Ibu bapa yang menghantar 2 beradik dan keatas akan mendapat potongan harga 10% dari keseluruhan yuran pengajian (tidak termasuk yuran buku).  Yuran bulanan seperti biasa.

Cara pembayaran yuran pengajian dan yuran buku:

·         Bayaran terus kepada guru kelas samada melalui cek atau tunai
·         Cek hendaklah ditulis atas nama (Pusat Bimbingan Al-Quran dan Fardhu Ain AQC)
·         Bank-in atau transfer ke no akaun Maybank : 562889006397
·         Serahkan resit kepada guru kelas berserta nama pelajar dan no telefon ibu/bapa
·         Emelkan resit ke mohdanwar01@gmail.com berserta nama pelajar, no tel ibu/bapa dan sms ke no Ustazah Haiza        017-3038336 (Putra Indah) atau Ustazah faseha 012-7521960 (Putra Bahagia)
·         Pastikan resit bayaran diterima setiap kali pembayaran dibuat.
·         Pembayaran untuk (Saujana Putra), sila hubungi Ustazah Shakira 017-6889437